It's hard to find a friend. It's hard to find a friend. -Tom Petty

Photobucket

Monday, June 14, 2010

IPGM Kampus Raja Melewar

Alhamdulillah.. dapat jugak IPGM. setelah menanti sekian lama..atau tersangat lama,at last its worth! usha sket surat tawaran ye. hehe.

Nama : PUTRA AIDIL FITRI SYAH BIN JALIL
No K.P : 920205145345


TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP) MOD SEPENUH MASA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU AMBILAN JUN 2010


Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti

Kursus : S010E0000P-PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH (SK)


Tempat : IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR
JALAN SIKAMAT, 70400
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

mulai dari Jun 2010 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.
2. Anda dikehendaki melapor diri di institut berkenaan pada 28 Jun 2010 (ISNIN)
3. Surat tawaran ini hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian Pendidikan Guru.
4. Sebagai prasyarat untuk mengikuti program ini, anda terlebih dahulu dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 11/2 tahun dan jika lulus Kursus Persediaan dengan jayanya anda akan meneruskan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun di Institut Pendidikan Guru.
5. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika anda :
(a) gagal melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau
(b) gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dalam tempoh 30 hari dari tempoh melapor diri; atau
(c) disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melapor diri dan sedang berkursus; atau
(d) disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda terbabit dalam penyalahgunaan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melapor diri dan sedang berkursus; atau
(e) didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan semasa berkursus; atau
(f) memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam Borang Maklumat Diri (KPLSPM/2010)
6. Anda tidak boleh bertukar kursus ataupun bertukar tempat kursus selain daripada yang telah ditetapkan dalam surat tawaran ini.
7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran.
8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
* Diakui sah apabila dicetak melalui komputer. Surat Cetakan Komputer ini tidak memerlukan sebarang tandatangan


haha. nak upload foto IPGM kampus raja melewar tu,tapi lepas akue tgok sudut bawah sebelah kanan laptop akue,jam dah menunjukkan pukul 1.58 pg. adeyh. ngantuk tp happy!

but dalam kegembiraan akue ni ada pulak cerita sedih yg akue nak kongsi ngan korang. ptg td mak akue ditolak ke wad icu. disahkan ada ketumbuhan kat otak. by the time i received the heartbreaking news,i can feel tears rolling down kat pipi akue. tergamam sebentar. lebih tergamam bila doktor kata suspek cancer. Ya Allah,sungguh berat dugaan yg Kau berikan utkku. tp akue redha. mak akue akan dibawa ke GH kuala lumpur utk operation. noyhing much that i can do now but pray for the best. akue harap korg pun doakan mak akue sama2 k? ;(

anyway course yg akue dpt kat IPGM ni is tesl programme. programme ni ada chance nak g overseas taw. insyaAllah tu lah target akue. let just pray for it okay?akue teringin nak study kat new zealand or australia. haha. my closure will be....

IPGM kampus raja melewar.... HERE I COME!!!! salam. ;D