It's hard to find a friend. It's hard to find a friend. -Tom Petty

Photobucket

Wednesday, November 2, 2011

Kesedaran yang sudah agak terlewat.


Tiki tok tik tok. Okay itu kononnya bunyi jam. Jam menunujukkan masa. Dan seperti pepatah mengatakan, masa tak pernah menunggu manusia. Dan rugilah manusia yang tak menghargai masa. Sekarang aku rasa aku adalah antara mereka yang rugi itu. Sedar tak sedar, peperiksaan final semakin menghampiriku. Dan apa yang aku lakukan? Leka dan alpa. Menelaah pelajaran jauh sekali. Sang pencipta seolah olah semakin aku pinggirkan. Bukan aku tak sedar, aku sedar. Tapi entah apa yang menahan diri aku dari buat semua tu. Rasa berat je kaki tangan ni nak menelaah pejaran dan mendekatkan diri kepada-Nya. Aku tanya kenapa. Tapi aku tak dapat jawapan. Jadi aku rasa tak guna terus mempersoalkan tapi sebaliknya harus diikhtiarkan. Ya, aku sedang mengumpul kekuatan itu. Merujuk tajuk post kali ini, kesedaran yang sudah agak terlewat adalah berkenaan peperiksaan yang semakin menghampiri. Iaitu minggu hadapan. Satu apa pun tak terlekat dalam otak pemikiran aku berkaitan pelajaran. Sedangkan ini adalah satu satunya exam final untuk keseluruhan program asasi aku dekat sini. Apalah nak jadi? Tapi menyesal pun dah tak berguna. Apa yang mampu aku lakukan sekarang adalah gunakan saki baki masa yang seolah tak cukup ni untuk masukkan seberapa banyak input yang aku mampu dalam otak aku ni. Entah apalah result aku nanti. Banyak kegusaran dan kebimbangan. Tapi kurang tindakan. Ya, itulah aku.

No comments: